Sunday, April 8, 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN B.MELAYU TAHUN 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran   :  Bahasa Melayu
Kelas                  :  Tahun 3
Bil. Murid          :  13  orang
Tajuk                  :  Kelas Komputer
Tarikh                 :  22 Mac 2012
Hari                    :  Khamis
Masa                   :  9.30  -  10.00 pagi

Objektif              :  Pada akhir pelajaran murid-murid dapat :

1.      Membaca ayat dengan intonasi yang betul dan lancar.
2.      Memadankan ayat yang terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk dengan gambar yang ditunjukkan.
3.      Menulis ayat yang terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk berdasar gambar yang diberi.

Fokus Utama      :  5.1 – Membaca perkataan dan ayat dengan kuat dengan sebutan dan
                                       intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
                                       ARAS 1(i) Membaca ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul
                                                         dan menarik.
                              8.2 – Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu
                                       penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
                                       ARAS 1(i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan
                                                         pelbagai bahan rangsangan yang diberi lengkap.             
Pengetahuan Sedia Ada :  1. Dapat menceritakan pengalaman  pernah masuk dan belajar di
                                              dalam makmal komputer.
                                          2. Pernah melihat dan menggunakan komputer.

Konsep                   :  Ayat Tunggal – ayat tunggal ialah ayat yang terdiri daripada subjek dan
                                                        Predikat.
Kemahiran Bahasa : Kemahiran bertutur, membaca dan menulis
Sistem Bahasa        :  Ejaan perkataan, Ayat tunggal/ayat majmuk, Ayat Perintah
                            
Ilmu                         :  Sains
KBT                        : 
Kemahiran Berfikir :  banding beza, mencirikan
Kemahiran Belajar  :  Konstruktivisme - meneroka

Nilai Murni          :  Berdisiplin dan bekerjasama



ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN

Set Induksi  ( 5 minit )

Permainan ‘Jigsaw Puzzle’ gambar makmal komputer

1. Murid menyusun dan melengkapkan ‘jigsaw puzzle’ menjadi gambar yang bermakna.
2. Bersoal jawab mengenai gambar tersebut.


KBKK
Nilai : kerajinan
ABM: kad jigsaw puzzle

Langkah  1  ( 8 minit )

Gambar situasi di makmal computer yang berkaitan dengan peraturan.
1 . Jangan bermain di dalam makmal komputer.
2. Tanggal dan susun kasut sebelum masuk ke dalam makmal komputer.
3. Jangan makan di dalam makmal komputer.
4. Jaga kebersihan makmal komputer.
5. Dengar arahan guru apabila berada di dalam makmal komputer.


1. Murid ditunjukkan beberapa keping gambar dan menyatakan tentang gambar.
2. Murid membaca lima ayat dengan lancar dan berintonasi dengan betul secara kelas.
3. Murid membaca lima ayat dengan lancar dan berintonasi secara individu dengan bimbingan guru.


Konstruktivisme







Nilai : kerjasama

ABM : kad gambar dan kad ayat

Langkah  2  ( 5 minit )

Peraturan di makmal komputer.

1. Murid memadan gambar dengan ayat yang telah dibaca.
2. Membaca semula ayat yang yang telah lengkap dipadankan.
3. Murid mengelaskan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan bimbingan guru.


Banding beza
Nilai : kesungguhan
ABM : kad gambar
dan kad ayat

Langkah  3  ( 8 minit )

Lembaran kerja


1. Murid menulis ayat dengan berpandukan gambar yang diberi dalam lembaran kerja.
2. Guru memberi bimbingan kepada murid.



Nilai : kesungguhan
ABM:lembaran kerja

Penutup  ( 4 minit  )
 Kuiz  :




1. Pertandingan kuiz secara individu.
2. Pemenang pertandingan diberikan ganjaran.
3. Ulasan pengajaran dan pembelajaran







No comments:

Post a Comment