Saturday, April 7, 2012

Layan Peribahasa - Dalam maknanya jika kita faham

Makluman ringkas :
Definisi - Susunan kata yang pendek dengan makna yang luas dan mendalam, terdiri
                daripada peribahasa tradisi (sebelum merdeka) dan peribahasa moden (selepas
                merdeka)


Ciri2 dan tujuan : Cerminan watak yang berbangsa dengan menyembunyikan ungkapan
                              atau kata-kata kasar.


Pecahan peribahasa :  1. simpulan bahasa  2. perumpamaan  3. pepatah  4.bidalan  5. kata-
                                         kata hikmat.
         


Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud:   Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud :   Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud :   Orang yang selalu menurut kemahuan orang

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud :   Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud :   Sangat sedih atau kecewa.

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud :   Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

Bagai Aur Dengan Tebing
Maksud :   Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud :   mengalami susah senang bersama-sama.

Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud :   Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud :   Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud :   Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud :   Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud :   Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

No comments:

Post a Comment