Mutiara Surah
Kesusahan dan kesedihan adalah suatu kemestian dalam bercinta, namun pada akhir perjalanan mesti ada kegembiraan, iaitu ketika Allah membalas cinta hambaNya ketika nyawa akan terlepas dari jasad. Allah berfirman bermaksud : " Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan keredhaan lagi diredhai".
(Surah Al-Fajr : ayat 27 & 28 )
(Surah Al-Fajr : ayat 27 & 28 )
About Me
- Lakhadar Brahimi
- Bertugas di SK.Tanah Merah, Kuala Kangsar mulai Januari 2012.Pernah bertugas di empat buah sekolah di daerah dan negeri yang berbeza. Pernah juga bertugas di SJK(C)
Hayatilah Wahai Kaum Guruku...
Kalau guru mengajar sambil duduk
Murid belajar sambil mengantuk
Kalau guru mengajar banyak bercakap
Murid belajar menjadi gagap
Kalau guru mengajar sambil berlakon
Murid belajar dengan tekun
Kalau guru mengajar tanpa menilai
Tidak akan tahu murid bodoh atau pandai
Kalau guru pemudah cara
Murid belajar pandai berbicara
Kalau guru berbudi bahasa
Dikenang murid sepanjang masa
Murid belajar sambil mengantuk
Kalau guru mengajar banyak bercakap
Murid belajar menjadi gagap
Kalau guru mengajar sambil berlakon
Murid belajar dengan tekun
Kalau guru mengajar tanpa menilai
Tidak akan tahu murid bodoh atau pandai
Kalau guru pemudah cara
Murid belajar pandai berbicara
Kalau guru berbudi bahasa
Dikenang murid sepanjang masa
UNTUK MAKLUMAN SAHAJA
KESALAHAN TATABAHASA DALAM PENULISAN KARANGAN
SILA BACA DAN AMBIL TINDAKAN.
Pendahuluan:
Kesalahan tatabahasa sering dilakukan oleh murid. Jumlah kesalahan tatabahasa yang banyak menunjukkan anda tidak mahir menulis karangan. Kesalahan ini akan menjejaskan markah anda. Oleh itu, jangan memandang enteng terhadap kesalahan-kesalahan berikut:-
Kesalahan serius yang kerap dilakukan murid semasa menulis karangan adalah seperti berikut :
1. Penggunaan kata hubung pada awal ayat sebagai penanda wacana :
Namun, Tetapi, Malah, Manakala
Sepatutnya : Akan tetapi, Namun begitu, (Penanda wacana)
…..manakala……, ……malah…. (ditulis untuk menghubungkan dua ayat)
2. Ayat tergantung. ( Bak kata pepatah…..) ditulis pada awal ayat. Sepatutnya …..bak kata pepatah….(ditulis di dalam ayat)
3. Kesalahan ejaan…bah kata peribahasa….sepatutnya …bak kata peribahasa. ‘bah’ membawa maksud ‘banjir’.
4. memberi kasih sayang …… sepatutnya memberikan kasih sayang. Umumnya, kata kerja ‘memberikan’ perlu diikuti oleh objek tidak bernyawa manakala ‘memberi’ diikuti objek bernyawa.
5. Ayat tergantung kerana tiada subjek. Ini menunjukkan….. sepatutnya Hal/ Perkara ini menunjukkan……
6. Ini kerana …… sepatutnya Hal ini demikian kerana…
7. Justeru itu, …digunakan sebagai penanda wacana. ‘justeru’ ialah kata hubung yang membawa maksud ‘malahan’ atau ‘bahkan’.
8. Tidak menyelitkan objek selepas kata kerja transitif. …mempunyai banyak pilihan….. ‘banyak’ bukannya objek. ‘banyak’ ialah kata bilangan tidak tentu. Objek mesti kata nama. Pembetulan : ….. mempunyai pilihan yang banyak…
9. Kata pemeri ‘ialah’ dan ‘adalah’ digunakan sesuka hati. ‘ialah’ perlu diikuti kata nama nama. ‘adalah’ perlu diikuti kata adjektif atau kata sendi nama.
10. Kata kerja tidak menerima kata pemeri. Anda perlu tambah kata sendi nama pada kata pemeri ‘adalah’. Sebagai contoh: Langkah-langkah yang perlu diambil adalah menguatkuasakan undang-undang……sepatutnya ….adalah dengan menguatkuasakan………/ adalah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan… antara kata sendiri nama yang dapat digunakan ( adalah untuk/adalah dengan/adalah melalui, adalah seperti)
11. Bentuk lewah. Sebagai contoh : Antara faktor-faktor …… sepatutnya Antara faktor. Pelbagai langkah-langkah ….. sepatutnya …. Pelbagai langkah…
12. Bentuk lewah bagi pengimbuhan kata adjektif. Hanya dua imbuhan sahaja digunakan. Sebagai contoh: memperbaiki…..sepatutnya …membaiki atau memperbaik.
13. Kesalahan Hukum D-M. Sebagai contoh: …dan lain-lain lagi. Sepatutnya…. aktiviti-aktiviti lain. (berdasarkan perkara yang dibincangkan).
14. Penggunaan kata ganti nama diri ketiga ‘ia’ untuk benda atau perkara. Sebagai contoh: Salah satu langkah untuk mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar adalah dengan menjalankan kempen. Ia perlu diadakan secara besar-besaran. ‘ia’ sepatutnya digantikan dengan subjek perbincangan iaitu, kempen. Pembetulan: Kempen ini perlu diadakan ……
15. Masih terdapat murid yang masih menulis …di kalangan…..sepatutnya ‘dalam kalangan’. Kata sendi ‘di’ berfungsi untuk menyatakan arah.
16. Pada masa kini….sepatutnya Pada masa ini, atau Kini,.
17. Kesalahan penanda wacana. Sebagai contoh : Selain daripada itu/ Selain dari itu , sepatutnya … Selain itu,… Sehubungan itu sepatutnya…. Sehubungan dengan itu,…
18. oleh kerana.. sepatutnya oleh sebab…
19. Penggunaan kata tanya dalam ayat penyata. Sebagai contoh : …di mana, yang mana, bagaimana, siapa, apa ….. sepatutnya kata-kata tersebut digantikan dengan kata-kata lain yang sesuai. Sebagai contoh : apa – (perkara/hal), bagaimana – (cara/langkah), siapa – (orang/individu).di mana (tempat) /yang mana perlu digantikan dengan kata hubung yang sesuai.
Jika anda menulis ayat tanya, pastikan anda meletakkan tanda soal (?).
20. Kesalahan pengejaan kata majmuk. Ibubapa sepatutnya ibu bapa, semulajadi sepatutnya semula jadi.
21. Penggunaan kata hubung ”tambahan pula” pada pangkal perenggan. “tambahan pula” tidak digunakan untuk isi baharu.
Kesimpulannya:
Anda perlu berhati-hati semasa menulis. Sila buat semakan tatabahasa apabila selesai menulis karangan. Ketelitian anda amat dihargai. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh. Penulisan karangan memerlukan kemahiran. Kemahiran perlu diasah dengan latihan yang mencukupi. Ingatlah, penulisan karangan tidak boleh dipelajari secara IMAGINASI.

Sunday, April 22, 2012
Thursday, April 19, 2012
BAHASA YANG LEWAH DALAM BAHASA MELAYU
Maksud Lewah :
Berlebih-lebihan sehingga tertambah perkara atau hal yang tidak perlu. Contohnya perkataan yang digunakan dalam ayat. Terdapat beberapa perkataan yang mempunyai maksud yang sama tetapi digunakan secara lewah/lazim dalam binaan ayat bahasa Melayu.Contoh ayat :
1. Nur Azwani mendongakkan kepalanya ke atas sebaik-baik sahaja namanya
dipanggil oleh kawannya dari kamar loteng.
Alasan : mendongakkan bermaksud mengangkatkan muka/kepala(bahagian
hadapan atau hujung sesuatu benda) ke atas, mencongakkan. Jadi tidak perlu
perkataan ke atas
Sepatutnya :
-Nur Azwani mendongakkan kepalanya sebaik-baik sahaja namanya dipanggil
oleh kawannya dari kamar loteng.
atau -Nur Azwani mendongakkan mukanya sebaik-baik sahaja namanya dipanggil
oleh kawannya dari kamar loteng.
Contoh ayat :
2. Kerajaan menegaskan bahawa pengimportan beras dari luar negara seperti
Thailand tidak akan menjejaskan pengeluaran syarikat tempatan.
Alasan : pengimportan bermaksud perihal(perbuatan) mengimport barang-
barang dari luar negara. Jadi tidak perlu rangkai kata dari luar negara.
Sepatutnya :
- Kerajaan menegaskan bahawa pengimportan beras seperti Thailand tidak
akan menjejaskan pengeluaran syarikat tempatan.
Contoh ayat :
3. Anuar Musa menasihati para peserta bengkel Minggu Penulisan Karangan
Sekolah Kebangsaan Tanah Merah agar menggabungkan pengalaman-
pengalaman mereka dalam genre karangan.
Alasan : menggabungkan bermaksud mencantumkan(sesuatu) menjadi
satu. Jadi tidak perlu digandakan perkataan pengalaman.
Sepatutnya :
-Anuar Musa menasihati para peserta bengkel Minggu Penulisan Karangan
Sekolah Kebangsaan Tanah Merah agar menggabungkan pengalaman mereka
dalam genre karangan.
Contoh ayat :
4. Jersi-jersi bola sepak yang dijual di Pekan Rantau Panjang cantik-cantik
belaka.
Alasan : Jersi-jersi bermaksud banyak jersi (jamak)
cantik-cantik bermaksud banyak (jamak). Jadi hanya pilih satu
perkataan satu perkataan sahaja yang perlu digandakan sama ada
jersi atau cantik.
Sepatutnya :
-1. Jersi-jersi bola sepak yang dijual di Pekan Rantau Panjang cantik.
atau -2. Jersi bola sepak yang dijual di Pekan Rantau Panjang cantik-cantik.
"RAKYAT YANG MENCINTAI ILMU SEHARUSNYA MENYAYANGI BAHASA MELAYU
BAK KATA PEPATAH 'MEMIKUL DI BAHU, MENJUNJUNG DI KEPALA' "
Saturday, April 14, 2012
Sunday, April 8, 2012
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN B.MELAYU TAHUN 3
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Kelas : Tahun 3
Bil. Murid : 13 orang
Tajuk : Kelas Komputer
Tarikh : 22 Mac 2012
Hari : Khamis
Masa : 9.30 - 10.00 pagi
Objektif : Pada akhir pelajaran murid-murid dapat :
1. Membaca ayat dengan intonasi yang betul dan lancar.
2. Memadankan ayat yang terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk dengan gambar yang ditunjukkan.
3. Menulis ayat yang terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk berdasar gambar yang diberi.
Fokus Utama : 5.1 – Membaca perkataan dan ayat dengan kuat dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
ARAS 1(i) Membaca ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul
dan menarik.
8.2 – Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu
penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
ARAS 1(i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan
pelbagai bahan rangsangan yang diberi lengkap.
Pengetahuan Sedia Ada : 1. Dapat menceritakan pengalaman pernah masuk dan belajar di
dalam makmal komputer.
2. Pernah melihat dan menggunakan komputer.
Konsep : Ayat Tunggal – ayat tunggal ialah ayat yang terdiri daripada subjek dan
Predikat.
Kemahiran Bahasa : Kemahiran bertutur, membaca dan menulis
Sistem Bahasa : Ejaan perkataan, Ayat tunggal/ayat majmuk, Ayat Perintah
Ilmu : Sains
KBT :
Kemahiran Berfikir : banding beza, mencirikan
Kemahiran Belajar : Konstruktivisme - meneroka
Nilai Murni : Berdisiplin dan bekerjasama
ISI PELAJARAN
|
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
|
CATATAN
|
Set Induksi ( 5 minit )
Permainan ‘Jigsaw Puzzle’ gambar makmal komputer
|
1. Murid menyusun dan melengkapkan ‘jigsaw puzzle’ menjadi gambar yang bermakna.
2. Bersoal jawab mengenai gambar tersebut.
|
KBKK
Nilai : kerajinan
ABM: kad jigsaw puzzle
|
Langkah 1 ( 8 minit )
Gambar situasi di makmal computer yang berkaitan dengan peraturan.
1 . Jangan bermain di dalam makmal komputer.
2. Tanggal dan susun kasut sebelum masuk ke dalam makmal komputer.
3. Jangan makan di dalam makmal komputer.
4. Jaga kebersihan makmal komputer.
5. Dengar arahan guru apabila berada di dalam makmal komputer.
|
1. Murid ditunjukkan beberapa keping gambar dan menyatakan tentang gambar.
2. Murid membaca lima ayat dengan lancar dan berintonasi dengan betul secara kelas.
3. Murid membaca lima ayat dengan lancar dan berintonasi secara individu dengan bimbingan guru.
|
Konstruktivisme
Nilai : kerjasama
ABM : kad gambar dan kad ayat
|
Langkah 2 ( 5 minit )
Peraturan di makmal komputer.
|
1. Murid memadan gambar dengan ayat yang telah dibaca.
2. Membaca semula ayat yang yang telah lengkap dipadankan.
3. Murid mengelaskan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan bimbingan guru.
|
Banding beza
Nilai : kesungguhan
ABM : kad gambar
dan kad ayat
|
Langkah 3 ( 8 minit )
Lembaran kerja
|
1. Murid menulis ayat dengan berpandukan gambar yang diberi dalam lembaran kerja.
2. Guru memberi bimbingan kepada murid.
|
Nilai : kesungguhan
ABM:lembaran kerja
|
Penutup ( 4 minit )
Kuiz :
|
1. Pertandingan kuiz secara individu.
2. Pemenang pertandingan diberikan ganjaran.
3. Ulasan pengajaran dan pembelajaran
|
Saturday, April 7, 2012
Layan Peribahasa - Dalam maknanya jika kita faham
Makluman ringkas :
Definisi - Susunan kata yang pendek dengan makna yang luas dan mendalam, terdiri
daripada peribahasa tradisi (sebelum merdeka) dan peribahasa moden (selepas
merdeka)
Ciri2 dan tujuan : Cerminan watak yang berbangsa dengan menyembunyikan ungkapan
atau kata-kata kasar.
Pecahan peribahasa : 1. simpulan bahasa 2. perumpamaan 3. pepatah 4.bidalan 5. kata-
kata hikmat.
Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
Bagai Aur Dengan Tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
Subscribe to:
Posts (Atom)